Antara kebahagiaan seseorang apabila dirinya menyerupai bapanya

TEKS BAHASA ARAB

من سعادة المرء: أن يشبه أباه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara kebahagiaan seseorang apabila dirinya menyerupai bapanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 945, hadis nombor 4874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: كان النبي – صلى الله عليه وسلم – ذات يوم في فسطاط؛ إذ جاءه السائب بن عبد يزيد ومعه ابنه، فنظر إليه النبي – صلى الله عليه وسلم – وقال : ((من سعادة المرء: أن يشبه أباه)).
[القضاعي، ((الضعيفة)) (4522)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Suatu hari Nabi SAW berada di wilayah Fustat; ketika datang kepada baginda al-Saib bin Abdul Yazid bersamanya adalah anaknya. Nabi SAW memandangnya lalu bersabda: “Antara kebahagiaan seseorang apabila dirinya menyerupai bapanya”.
[Riwayat al-Quda’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4522].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs