TEKS BAHASA ARAB
من سعادة المرء خفة لحيته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Antara kebahagiaan seseorang adalah dengan menipiskan janggutnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis nombor 8113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – ؤضي الله عنهما- مرفوعا: ((من سعادة المرء خفة لحيته)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، طب، عد، خط، ((الضعيفة)) (193)].
(Palsu)
Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Antara kebahagiaan seseorang adalah dengan menipiskan janggutnya .”))
[Riwayat Ibn Hibban di dalam al-Dhu’afa’, al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Adiy di dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Khatib di dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 193].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.