Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Antara kebahagiaan seseorang adalah dengan menipiskan janggutnya

Teks Bahasa Arab

مِن سعادةِ المرء خِفَّةُ لحيتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Antara kebahagiaan seseorang adalah dengan menipiskan janggutnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis no. 8113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس - ؤضي الله عنهما- مرفوعا: ((من سعادة المرء خفة لحيته)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، طب، عد، خط، ((الضعيفة)) (193)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Antara kebahagiaan seseorang adalah dengan menipiskan janggutnya .”)) [Riwayat Ibn Hibban di dalam al-Dhu’afa’, al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn ‘Adiy di dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Khatib di dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 193].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.