Antara ibadat terbaik seseorang ialah bersangka baik

TEKS BAHASA ARAB

من حسن عبادة المرء: حسن ظنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara ibadat terbaik seseorang ialah sifat bersangka baiknya (dengan tuhannya dan sesama manusia).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 490, hadis nombor 2636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من حسن عبادة المرء: حسن ظنه)). [عد، خط، الرافعي، ((الضعيفة)) (4521)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara ibadat terbaik seseorang ialah sifat bersangka baiknya (dengan tuhannya dan sesama manusia).
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dalam Du’afa’, Al-Baghdadi, Al-Raqi'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4521]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs