Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Antara ibadat terbaik seseorang ialah bersangka baik

Teks Bahasa Arab

منْ حسنِ عبادةِ المرءِ: حسنُ ظن.

Teks Bahasa Melayu

Antara ibadat terbaik seseorang ialah bersangka baik.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 490, hadis no. 2636.

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من حسن عبادة المرء: حسن ظن)). [عد، خط، الرافعي، ((الضعيفة)) (4521)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara ibadat terbaik seseorang ialah bersangka baik. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dalam Du’afa’, Al-Baghdadi, Al-Raqi'i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4521]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.