Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أطيبُ كسبِ المسلمِ سَهْمُهُ في سبيلِ اللَّهِ ، وصفقةُ يدِهِ ، وما تعطيهِ أرضُهُ
Teks Bahasa Melayu
Antara hasil seorang Muslim yang terbaik ialah bahagiannya (daripada ghanimah) di jalan Allah, transaksi tangannya dan apa yang diberikan oleh tanahnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1027, hadis no. 5275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
[ضعيف] عن رجال قالوا: قال النبي: من أطيب كسب المسلم سهمه في سبيل الله وصفقة يده وما تعطيه أرضه. [ص، الضعيفة (٧٠٢٠)]
[Lemah] Daripada beberapa orang lelaki, mereka berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Antara hasil seorang Muslim yang terbaik ialah bahagiannya (daripada ghanimah) di jalan Allah, transaksi tangannya dan apa yang diberikan oleh tanahnya.[Riwayat Sa’id bin Mansur di dalam al-Sunan, Lihat Silsilah al-Da’ifah (7020)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman