Antara harta yang dimiliki oleh Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – له سيف قائمته من فضة، وقبيعته من فضة، وكان يسمى ذا الفقار، وكانت له قوس تسمى السداد، وكانت له كنانة تسمى الجمع، وكانت له درع موشحة بالنحاس تسمى ذات الفضول، وكانت له حربة تسمى النبعاء، وكان له مجن يسمى الذقن، وكان له ترس أبيض يسمى الموجز، وكان له فرس أدهم يسمى السكب، وكان له سرج يسمى الداج، وكانت له بغلة شهباء يقال لها: دلدل، وكانت له ناقة تسمى القصواء، وكان له حمار يسمى يعفور، وكان له بساط يسمى الكز، وكانت له عنزة تسمى النمر، وكانت له ركوة تسمى الصادر، وكانت له مرآة تسمى المدلة، وكان له مقراض يسمى الجامع، وكان له قضيب شوحط يسمى الممشوق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW mempunyai pedang yang teminya diperbuat daripada perak dan pemegang pedang itu juga diperbuat daripada perak. Ia dinamakan ‘Dzul Faqar’. Baginda mempunya busur panah yang dinamakan al-Sadad dan tempat meletak anak panah yang dinamakan al-Jama’. Baginda juga mempunyai baju perang yang dihiasi dengan besi tembaga yang dinamakan Zat al-Fudhul. Baginda juga mempunyai tombak yang dinamakan al-Naba’ dan baju perisai yang dinamakan al-Ziqn. Baginda mempunyai plat perisai yang dinamakan al-Mujiz, dan kuda hitam yang dinamakan al-Sakb, pelana kuda yang dinamakan al-Daj, seekor baghal (kuda kacukan keldai) berwarna kelabu yang dipanggilnya: Daldal, unta yang dinamakan al-Qaswa’, keldai yang dinamakan al-Ya’fur, permaidani dinamakan al-Kazz, tongkat yang dinamakan al-Namr, kantung air yang dinamakan al-Sadir, cermin yang dinamakan al-Madlah, ketip kuku yang dinamakan al-Jami’ dan baginda juga mempunyai tongkat yang dinamakan al-Mamsyuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1626, hadis nombor 8220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما- قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – له سيف قائمته من فضة، وقبيعته من فضة، وكان يسمى ذا الفقار، وكانت له قوس تسمى السداد، وكانت له كنانة تسمى الجمع، وكانت له درع موشحة بالنحاس تسمى ذات الفضول، وكانت له حربة تسمى النبعاء، وكان له مجن يسمى الذقن، وكان له ترس أبيض يسمى الموجز، وكان له فرس أدهم يسمى السكب، وكان له سرج يسمى الداج، وكانت له بغلة شهباء يقال لها: دلدل، وكانت له ناقة تسمى القصواء، وكان له حمار يسمى يعفور، وكان له بساط يسمى الكز، وكانت له عنزة تسمى النمر، وكانت له ركوة تسمى الصادر، وكانت له مرآة تسمى المدلة، وكان له مقراض يسمى الجامع، وكان له قضيب شوحط يسمى الممشوق)). [طب، ((الضعيفة)) (4225)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW mempunyai pedang yang teminya diperbuat daripada perak dan pemegang pedang itu juga diperbuat daripada perak. Ia dinamakan ‘Dzul Faqar’. Baginda mempunya busur panah yang dinamakan al-Sadad dan tempat meletak anak panah yang dinamakan al-Jama’. Baginda juga mempunyai baju perang yang dihiasi dengan besi tembaga yang dinamakan Zat al-Fudhul. Baginda juga mempunyai tombak yang dinamakan al-Naba’ dan baju perisai yang dinamakan al-Ziqn. Baginda mempunyai plat perisai berwarna putih yang dinamakan al-Mujiz, dan kuda hitam yang dinamakan al-Sakb, pelana kuda yang dinamakan al-Daj, seekor baghal (kuda kacukan keldai) berwarna kelabu yang dipanggilnya: Daldal, unta yang dinamakan al-Qaswa’, keldai yang dinamakan al-Ya’fur, permaidani dinamakan al-Kazz, tongkat yang dinamakan al-Namr, kantung air yang dinamakan al-Sadir, cermin yang dinamakan al-Madlah, ketip kuku yang dinamakan al-Jami’ dan baginda juga mempunyai tongkat yang dinamakan al-Mamsyuk.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4225].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs