Antara hamba dan syurga ada tujuh keseksaan

TEKS BAHASA ARAB

بين العبد والجنة ‌سبع ‌عقاب، أهونها الموت، وأصعبها الوقوف بين يدي الله -تعالى- إذا تعلق المظلومون بالظالمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara hamba dan syurga ada tujuh keseksaan, yang paling ringan ialah kematian. Yang paling susah pula adalah berdiri di hadapan Allah jika orang-orang yang dizalimi bergantung dengan orang-orang yang zalim.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis nombor 3563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((بين العبد والجنة ‌سبع ‌عقاب، أهونها الموت، وأصعبها الوقوف بين يدي الله -تعالى- إذا تعلق المظلومون بالظالمين)). [النقاش في ((معجمه))، السيوطي في ((ذيل الموضوعات))، ((الضعيفة)) (٧١٥٧)]

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Antara hamba dan syurga ada tujuh keseksaan, yang paling ringan ialah kematian. Yang paling susah pula adalah berdiri di hadapan Allah jika orang-orang yang dizalimi bergantung dengan orang-orang yang zalim. [Riwayat Abū Sa‘īd al-Naqqāsh dalam Mu‘jamnya, al-Suyūṭī dalam Dzail al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs