Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Antara hamba dan syurga ada tujuh keseksaan

Teks Bahasa Arab

بينَ العبدِ والجنةِ سبعُ عِقابٍ أهونُها الموتُ، وأصعبُها الوقوفُ بين يَدَيْ اللهِ -تعالى- إذا تعلَّقَ المظلومونَ بالظالمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Antara hamba dan syurga ada tujuh keseksaan, yang paling ringan ialah kematian. Yang paling susah pula adalah berdiri di hadapan Allah jika orang-orang yang dizalimi bergantung dengan orang-orang yang zalim.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis no. 3563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((بين العبد والجنة ‌سبع ‌عقاب، أهونها الموت، وأصعبها الوقوف بين يدي الله -تعالى- إذا تعلق المظلومون بالظالمين)). [النقاش في ((معجمه))، السيوطي في ((ذيل الموضوعات))، ((الضعيفة)) (٧١٥٧)]

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Antara hamba dan syurga ada tujuh keseksaan, yang paling ringan ialah kematian. Yang paling susah pula adalah berdiri di hadapan Allah jika orang-orang yang dizalimi bergantung dengan orang-orang yang zalim. [Riwayat Abū Sa‘īd al-Naqqāsh dalam Mu‘jamnya, al-Suyūṭī dalam Dzail al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7157]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.