Antara dua azan (azan dan iqamah) terdapatnya satu solat (sunat); melainkan solat Maghrib

TEKS BAHASA ARAB

بين كل أذانين صلاة؛ إلا المغرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara dua azan (azan dan iqamah) terdapatnya satu solat (sunat); melainkan solat Maghrib.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis nombor 1330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بريدة – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((بين كل أذانين صلاة؛ إلا المغرب)). [البزار، ((الضعيفة)) (2139)]

(Munkar)
Daripada Buraidah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Antara dua azan (azan dan iqamah) terdapatnya satu solat (sunat); melainkan solat Maghrib.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2139]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs