Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بينَ كلِّ أَذَانَيْنِ صلاةٌ ، إلا الْمَغْرِبَ.
Teks Bahasa Melayu
Antara dua azan (azan dan iqamah) terdapatnya satu solat (sunat); melainkan solat Maghrib.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis no. 1330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بريدة - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((بين كل أذانين صلاة؛ إلا المغرب)). [البزار، ((الضعيفة)) (2139)]
(Munkar) Daripada Buraidah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Antara dua azan (azan dan iqamah) terdapatnya satu solat (sunat); melainkan solat Maghrib. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2139]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman