Antara doa Nabi SAW adalah: Wahai Tuhan yang telah ada sebelum segala sesuatu ada

TEKS BAHASA ARAB

كان من دعائه الذي كان يقول: يا كائنا قبل أن يكون شيء والمكون لكل شيء والكائن بعدما لا يكون شيء أسألك بلحظة من لحظاتك الحافظات الغافرات الواجبات المنجيات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara doa Nabi SAW adalah: Wahai Tuhan yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, yang mengadakan segala sesuatu, dan yang kekal ada setelah segala sesuatu tiada, aku meminta kepada-Mu pandangan daripada pandangan-pandangan-pandangan-Mu yang memelihara, yang menutup aib, yang mewajibkan dan yang menyelamatkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis nombor 5436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: كان من دعائه الذي كان يقول: يا كائنًا قبل أن يكون شيء والمكون لكل شيء والكائن بعدما لا يكون شيء أسألك بلحظة من لحظاتك الحافظات الغافرات الواجبات المنجيات. [البيهقي في الأسماء والصفات، الضعيفة (5205)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar ra, beliau menceritakan: Antara doa Nabi SAW adalah: Wahai Tuhan yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, yang mengadakan segala sesuatu, dan yang kekal ada setelah segala sesuatu tiada, aku meminta kepada-Mu pandangan daripada pandangan-pandangan-Mu yang memelihara, yang menutup aib, yang mewajibkan dan yang menyelamatkan. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5205)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs