Antara ciri-ciri orang munafik adalah: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkirinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat

TEKS BAHASA ARAB

من خلال المنافق: إذا حدث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا ائتمن خان. ولكن المنافق إذا حدث وهو يحدث نفسه أنه يكذب، وإذا وعد وهو يحدث نفسه أنه يكذب (لعله: يخلف)، وإذا ائتمن وهو يحدث نفسه أنه يخون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara ciri-ciri orang munafik adalah: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkirinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat. Akan tetapi orang munafik itu apabila dia bercakap dia bercakap dalam keadaan dirinya tahu bahawa dia berbohong, apabila dia berjanji dia berkata pada dirinya bahawa dia berbohong (kemungkinan besar: dia akan memungkiri janjinya) dan apabila dia diberi amanah dia berkata pada dirinya bahawa dia akan mengkhianatinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 23, hadis nombor 64. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن سلمان الفارسي – رضي الله عنه-، قال : دخل أبو بكر وعمر – رضي الله عنهما – على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((من خلال المنافق: إذا حدث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا ائتمن خان)). فخرجا من عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وهما ثقيلان، فلقيتهما، فقلت: ما لي أراكما ثقيلين؟ قالا: حديث سمعناه من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من خلال المنافق: إذا حدث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا ائتمن خان))، قال: أفلا سألتماه؟ قالا: هبنا رسول الله – صلى الله عليه وسلم-. قلت: لكني سأسأله. فدخلت على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقلت: لقيني أبو بكر وعمر، وهما ثقيلان. ثم ذكرت ما قالا. فقال: ((قد حدثتهما، ولم أضعه على الموضع الذي يضعانه، ولكن المنافق إذا حدث وهو يحدث نفسه أنه يكذب، وإذا وعد وهو يحدث نفسه أنه يكذب (لعله: يخلف) ، وإذا ائتمن وهو يحدث نفسه أنه يخون)).
[طب، ((الضعيفة)) (1447)]

(Munkar sepenuhnya) Daripada Salman al-Farisi RA beliau berkata: Abu Bakar RA dan Umar RA pergi bertemu dengan Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Antara ciri-ciri orang munafik adalah: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkirinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat. Lalu mereka berdua beredar daripada tempat perjumpaan dengan Rasulullah SAW dalam keadaan kedua-duanya berasa berat (susah hati). Lalu aku bertemu keduanya dan aku berkata: Kenapa aku melihat kamu berdua dalam keadaan berat begini? Kedua-duanya berkata: Disebabkan satu hadis yang kami dengar daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Antara ciri-ciri orang munafik adalah: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkirinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat. Salman berkata : Tidakkah kamu berdua bertanya soalan (lain) kepada Baginda? Keduanya menjawab: Tidak, kami berasa segan dengan Rasulullah SAW. Aku berkata: Akan tetapi aku akan bertanya kepada Baginda. Maka aku pun pergi bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: Abu Bakar dan Umar bertemu dengan aku dalam keadaan mereka bermuram muka. Kemudian aku sebutkan apa yang mereka berdua nyatakan. Baginda SAW bersabda: "Aku telah ceritakan kepada mereka dan aku tidak meletakkannya ke atas tempat yang mereka berdua letakkan. Akan tetapi orang munafik itu apabila dia bercakap dia bercakap dalam keadaan dirinya tahu bahawa dia berbohong, apabila dia berjanji dia berkata pada dirinya bahawa dia berbohong (kemungkinan besar: dia akan memungkiri janjinya) dan apabila dia diberi amanah dia berkata pada dirinya bahawa dia akan mengkhianatinya."
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1447]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs