Munkar Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من خِلالِ المنافقِ: إذا حَدَّثَ كذب، وإذا وعد أَخْلَفَ، وإذا ائْتُمِنَ خان. ولكنَّ المنافقَ إذا حدث وهو يُحَدِّثُ نفسَه أنه يَكْذِبُ، وإذا وعد وهو يُحَدِّثُ نفسَه أنه يَكْذِبُ ( لعله: يُخْلِفُ )، وإذا ائْتُمِنَ وهو يُحَدِّثُ نفسَه أنه يَخُونُ.
Teks Bahasa Melayu
Antara ciri-ciri orang munafik adalah: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkirinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat. Akan tetapi orang munafik itu apabila dia bercakap dia bercakap dalam keadaan dirinya tahu bahawa dia berbohong, apabila dia berjanji dia berkata pada dirinya bahawa dia berbohong (kemungkinan besar: dia akan memungkiri janjinya) dan apabila dia diberi amanah dia berkata pada dirinya bahawa dia akan mengkhianatinya.
Sahabat Perawi
- Salman al-Farisi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 23, hadis no. 64. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Salman al-Farisi RA beliau berkata: Abu Bakar RA dan Umar RA pergi bertemu dengan Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Antara ciri-ciri orang munafik adalah: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkirinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat. Lalu mereka berdua beredar daripada tempat perjumpaan dengan Rasulullah SAW dalam keadaan kedua-duanya berasa berat (susah hati). Lalu aku bertemu keduanya dan aku berkata: Kenapa aku melihat kamu berdua dalam keadaan berat begini? Kedua-duanya berkata: Disebabkan satu hadis yang kami dengar daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Antara ciri-ciri orang munafik adalah: Apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkirinya dan apabila dia diberi amanah dia khianat. Salman berkata : Tidakkah kamu berdua bertanya soalan (lain) kepada Baginda? Keduanya menjawab: Tidak, kami berasa segan dengan Rasulullah SAW. Aku berkata: Akan tetapi aku akan bertanya kepada Baginda. Maka aku pun pergi bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata: Abu Bakar dan Umar bertemu dengan aku dalam keadaan mereka bermuram muka. Kemudian aku sebutkan apa yang mereka berdua nyatakan. Baginda SAW bersabda: "Aku telah ceritakan kepada mereka dan aku tidak meletakkannya ke atas tempat yang mereka berdua letakkan. Akan tetapi orang munafik itu apabila dia bercakap dia bercakap dalam keadaan dirinya tahu bahawa dia berbohong, apabila dia berjanji dia berkata pada dirinya bahawa dia berbohong (kemungkinan besar: dia akan memungkiri janjinya) dan apabila dia diberi amanah dia berkata pada dirinya bahawa dia akan mengkhianatinya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1447]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman