TEKS BAHASA ARAB
لا يقطع الصلاة كلب، ولا حمار، ولا امرأة، وادرأ ما مر أمامك ما استطعت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Anjing, keldai atau perempuan tidak memutuskan solat. Tolaklah apa yang melintasi hadapanmu sedaya upaya kamu.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331, hadis nombor 1739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((لا يقطعُ الصلاةَ كلبٌ، ولا حِمَارٌ، ولا امرَأَةٌ، وادرأْ ما مرَّ أمامَكَ ما استطعتَ)). [عد، قط، ((الضعيفة)) (5660)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Anjing, keldai atau perempuan tidak memutuskan solat. Tolaklah apa yang melintasi hadapanmu sedaya upaya kamu." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5660].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.