Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Anjing, keldai atau perempuan tidak memutuskan solat

Teks Bahasa Arab

لَا يَقْطَعُ الصَّلَاةََ كَلْبٌ، وَلَا حِمَارٌ، وَلَا امْرَأَةٌ، وَادْرَأْ مَا مَرَّ أمامَكَ ما اسْتَطَعْتَ.

Teks Bahasa Melayu

Anjing, keldai atau perempuan tidak memutuskan solat. Tolaklah apa yang melintasi hadapanmu sedaya upaya kamu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331, hadis no. 1739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((لا يقطعُ الصلاةَ كلبٌ، ولا حِمَارٌ، ولا امرَأَةٌ، وادرأْ ما مرَّ أمامَكَ ما استطعتَ)). [عد، قط، ((الضعيفة)) (5660)].

(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Anjing, keldai atau perempuan tidak memutuskan solat. Tolaklah apa yang melintasi hadapanmu sedaya upaya kamu." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5660].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.