Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ريحُ الجَنوبِ منَ الجنَّةِ ، وَهيَ الرِّيحُ اللَّاقِحُ وهي الرِّيحُ الَّتي ذَكَرَ اللَّهُ في كتابِه وفيها مَنافعُ للنَّاسِ والشَّمالُ منَ النَّارِ تخرجُ فتمرُّ بالجنَّةِ فيصيبُها لَفحةٌ منها ؛ فبَردُها هذا من ذاكَ.
Teks Bahasa Melayu
Angin selatan adalah dari syurga iaitu angin yang membawa benih, ia juga angin yang disebutkan oleh Allah dalam kitab-Nya, padanya ada banyak manfaat untuk manusia. Angin dari utara pula adalah dari neraka, ia keluar dan melalui syurga, lalu syurga terkena bahangnya, kesejukannya ini adalah darinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 666, hadis no. 3435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ريح الجنوب من الجنة، وهي الريح اللاقح، وهي الريح التي ذكر اللهُ في كتابه، وفيها منافع للناس، والشمال من النار، تخرج فتمر بالجنة، فيصيبها لفحة منها؛ فبردها هذا من ذاك)). [ابن جرير، فر، ((الضعيفة)) (3652)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Angin selatan adalah dari syurga iaitu angin yang membawa benih, ia juga angin yang disebutkan oleh Allah dalam kitab-Nya, padanya ada banyak manfaat untuk manusia. Angin dari utara pula adalah dari neraka, ia keluar dan melalui syurga, lalu syurga terkena bahangnya, kesejukannya ini adalah darinya.[Riwayat Ibn Jarir dalam Tafsirnya, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3652]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman