Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نُصِرْتُ بالصَّبَا، وكانت عذابًا عَلَى مَن قَبلي.
Teks Bahasa Melayu
Aku telah dibantu dengan angin al-Soba (angin timur), ia merupakan azab bagi kaum sebelumku.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1357, hadis no. 6925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن محمد بن عمرو أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: نصرت بالصبا، وكانت عذاباً على من قبلي. [الشافعي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (5252)]
(Sangat lemah) Daripada Muhammad bin 'Amr bahawa Nabi SAW bersabda: Aku telah dibantu dengan angin al-Soba (angin timur), ia merupakan azab bagi kaum sebelumku. [Riwayat al-Shafi'e dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5252]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman