Anggur adalah dudu (dua-dua)

TEKS BAHASA ARAB

حديث: العنب دو دو والتمر يك يك: يعني: العنب يؤكل ثنتين ثنتين، والتمر واحدة واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Anggur adalah dudu (dua-dua) dan tamar pula yakyak (satu-satu).

Maksudnya: Anggur dimakan dua dua, manakala tamar pula dimakan satu satu.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 124, hadis nombor 346. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وهو مشهور بين الأعاجم، لا أصل له.

Ia adalah perumpaman yang masyhur dalam kalangan orang ajam, tiada asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs