Andai ditimbang ketakutan orang yang beriman dan pengharapannya pasti akan sama beratnya

TEKS BAHASA ARAB

لو وزن خوف المؤمن ورجاؤه لاعتدلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Andai ditimbang ketakutan orang yang beriman dan pengharapannya pasti akan sama beratnya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 150, hadis nombor 257. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له مرفوعا، وإنما هو عن بعض السلف، كذا في «المقاصد». وقيل: هو من كلام ثابت البناني.

Tiada asal baginya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Akan tetapi ia daripada sebahagian Salaf. Beginilah disebutkan dalam kitab Al-Maqasid. Dan dikatakan ia adalah daripada perkataan Thabit al-Bunani.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.