Ancaman bagi orang yang mendahulukan kerabat dalam pemerintahan

TEKS BAHASA ARAB

قال أبو بكر -رضي الله عنه- حين بعثني إلى الشام -: يا يزيد! إن لك قرابة، عسيت أن تؤثرهم بالإمارة، وذلك أخوف ما أخاف عليك؛ فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من ولي من أمر المسلمين شيئا، فأمر عليهم أحدا محاباة، فعليه لعنة الله، لا يقبل الله منه صرفا ولا عدلا حتى يدخله جهنم. ومن أعطى أحدا حمى الله، فقد انتهك في حمى الله شيئا بغير حقه، فعليه لعنة الله -أو قال: تبرأت منه ذمة الله- – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu Bakr RA berkata ketika mengutuskan aku ke Syam: "Wahai Yazid! Sesungguhnya engkau mempunyai saudara, mungkin engkau akan mendahulukan mereka dalam pemerintahanmu, itu adalah perkara yang paling aku takut berlaku ke atas kamu, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang menguruskan urusan kaum muslimin, lalu dia memerintahkan sesuatu kepada seseorang kerana hubungan kasih sayangnya kepada orang tersebut (yakni mendahulukan seseorang dalam pemerintahan), maka laknat Allah ke atasnya, Allah tidak akan menerima daripadanya apa pun sehinggalah Allah memasukkannya ke dalam Jahannam, dan sesiapa yang memberi kepada seseorang sesuatu yang berada dalam sempadan Allah, maka dia telah mencabul kehormatan sempadan Allah dengan cara yang tidak sepatutnya, maka ke atasnya laknat Allah, atau baginda berkata: dia terlepas daripada penjagaan Allah.”

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 858, hadis nombor 4389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن يزيد بن أبي سفيان -رضي الله عنه- قال: قال أبو بكر -رضي الله عنه- حين بعثني إلى الشام -: يا يزيد! إن لك قرابة، عسيت أن تؤثرهم بالإمارة، وذلك أخوف ما أخاف عليك؛ فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من ولي من أمر المسلمين شيئا، فأمر عليهم أحدا محاباة، فعليه لعنة الله، لا يقبل الله منه صرفا ولا عدلا حتى يدخله جهنم. ومن أعطى أحدا حمى الله، فقد انتهك في حمى الله شيئا بغير حقه، فعليه لعنة الله -أو قال: تبرأت منه ذمة الله- – عز وجل -)). [حم، ((الضعيفة)) (6652)].

(Sangat lemah)
Daripada Yazid bin Abi Sufyan beliau berkata: Abu Bakr RA berkata ketika mengutuskan aku ke Syam: "Wahai Yazid! Sesungguhnya engkau mempunyai saudara, mungkin engkau akan mendahulukan mereka dalam pemerintahanmu, itu adalah perkara yang paling aku takut berlaku ke atas kamu, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang menguruskan urusan kaum muslimin, lalu dia memerintahkan sesuatu kepada seseorang kerana hubungan kasih sayangnya kepada orang tersebut (yakni mendahulukan seseorang dalam pemerintahan), maka laknat Allah ke atasnya, Allah tidak akan menerima daripadanya apa pun sehinggalah Allah memasukkannya ke dalam Jahannam, dan sesiapa yang memberi kepada seseorang sesuatu yang berada dalam sempadan Allah, maka dia telah mencabul kehormatan sempadan Allah dengan cara yang tidak sepatutnya, maka ke atasnya laknat Allah, atau baginda berkata: dia terlepas daripada penjagaan Allah.”
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya . Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6652]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs