Anbar itu bukan khazanah, tetapi ia adalah bagi orang yang menjumpainya

TEKS BAHASA ARAB

العنبر ليس بركاز، بل هو لمن وجده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anbar itu bukan suatu khazanah (maka ianya tidak dikenakan zakat ke atasnya), tetapi ia adalah bagi orang yang menjumpainya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis nombor 4407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((العنبر ليس بركاز، بل هو لمن وجده)). [ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (834)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’: “Anbar itu bukan suatu khazanah (maka ianya tidak dikenakan zakat ke atasnya), tetapi ia adalah bagi orang yang menjumpainya.”
[Riwayat Ibn al-Najjar dalam Zail Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 834].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.