Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
العَنْبَرُ ليس بِرِكَازٍ، بل هو لِمَن وَجَدَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Anbar itu bukan suatu khazanah (maka ianya tidak dikenakan zakat ke atasnya), tetapi ia adalah bagi orang yang menjumpainya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis no. 4407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((العنبر ليس بركاز، بل هو لمن وجده)). [ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (834)].
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: “Anbar itu bukan suatu khazanah (maka ianya tidak dikenakan zakat ke atasnya), tetapi ia adalah bagi orang yang menjumpainya.” [Riwayat Ibn al-Najjar dalam Zail Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 834].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman