Anakku ini ialah seorang pemimpin seperti yang disebutkan namanya oleh Rasulullah

TEKS BAHASA ARAB

إن ابني هذا سيد كما سماه النبي صلى الله عليه وسلم وسيخرج من صلبه رجل يسمى باسم نبيكم ويشبهه في الخلق ولا يشبهه في الخلق يملأ الأرض عدلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anakku ini ialah seorang pemimpin seperti yang disebutkan namanya oleh Rasulullah, dan akan keluar daripada tulang sulbinya seorang lelaki dinamakan dengan nama Nabi kamu, akhlaknya menyerupai Rasulullah, tetapi fizikalnya tidak, beliau memenuhi bumi ini dengan keadilan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 144, hadis nombor 329. Berikut adalah komentar Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Pentahqiq) terhadap hadis ini:

هذا حديث منقطع لأن أبا إسحاق السبيعي في سنده رأى عليا رؤية، ولم تثبت له رواية عنه.

Hadis ini sanadnya terputus kerana Abu Ishaq al-Sabi’ie dalam sanadnya pernah bertemu Ali tetapi riwayatnya tidak sabit daripada Ali.

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs