Anak zina tidak menanggung dosa kedua ibubapanya

TEKS BAHASA ARAB

ولد الزنا ليس عليه من إثم أبويه شيء، ثم قرأ: {ولا تزر وازرة وزر أخرى} [الأنعام: 164].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak zina tidak menanggung dosa kedua ibubapanya. Kemudian baginda membaca:
{وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى}
“Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)"[al-An'am:164].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1566, hadis nombor 7933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة-رضي الله عنها-، مرفوعا: ((ولد الزنا ليس عليه من إثم أبويه شيء. ثم قرأ: {ولا تزر وازرة وزر أخرى})). [((الضعيفة)) (6110)].

(Munkar) Daripada Aisyah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Anak zina tidak menanggung dosa kedua ibu bapanya. Kemudian baginda membaca:
{وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى}
“Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”. [Lihat Silsilah al-Daifah no.6115].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.