TEKS BAHASA ARAB
ولد الزنا ليس عليه من إثم أبويه شيء . ثم قرأ: ولا تزر وازرة وزر أخرى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Anak zina tiada dosa daripada kedua ibu bapanya langsung.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 554, hadis nombor 2886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ولد الزنا ليس عليه من إثم أبويه شيء. ثم قرأ: {ولا تزر وازرة وزر أخرى})).
[طس، ((الضعيفة)) (6115)]
(Munkar)
Daripada Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Anak zina tiada dosa daripada kedua ibu bapanya langsung.” Kemudian dia membaca, {dan tidaklah seorang pendosa menanggung dosa orang lain.} (surah al-An’aam 6:164 atau surah Fatir 35:18)
[Riwayat al-Tabarani dalam kitab al-Mu’jam al-Awsat. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6025]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.