Anak zina itu tidak mendapat apa-apa dosa dari dosa ayah dan ibunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ولد الزنا ليس عليه من إثم أبويه شيء. ثم قرأ: {ولا تزر وازرة وزر أخرى}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak zina itu tidak mendapat apa-apa dosa dari dosa ayah dan ibunya. Kemudian membaca: “Seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 819, hadis nombor 4214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة –رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ولد الزنا ليس عليه من إثم أبويه شيء. ثم قرأ: {ولا تزر وازرة وزر أخرى})).
[طس، ((الضعيفة)) (6115)]

(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Anak zina itu tidak mendapat apa-apa dosa dari dosa ayah dan ibunya. Kemudian membaca: “Seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6115]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.