Anak yang sentiasa mendoakan ibubapanya akan ditulis kebaikan pada hari akhirat

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد ليموت والداه أو أحدهما وإنه لعاق، فلا يزال يدعولهما حتى يكتب عند الله بارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hamba itu ketika kedua ibubapanya meninggal dunia atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia dalam keadaan dia derhaka (kepada mereka berdua), lalu dia sentiasa mendoakan kebaikan buat keduanya sehinggalah dia (diterima taubatnya dan) ditulis sebagai seorang anak yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis nombor 33. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن العبد ليموت والداه أو أحدهما وإنه لعاق، فلا يزال يدعولهما حتى يكتب عند الله بارا)).
[ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (915)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang hamba itu ketika kedua ibubapanya meninggal dunia atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia dalam keadaan dia derhaka (kepada mereka berdua), lalu dia sentiasa mendoakan kebaikan buat keduanya sehinggalah dia (diterima taubatnya dan) ditulis sebagai seorang anak yang baik.
[Riwayat Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.915]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs