Anak yang menunaikan haji bagi ibubapa yang meninggal dunia akan dibebaskan daripada api neraka

TEKS BAHASA ARAB

من حج عن والديه بعد وفاتهما؛ كتب الله له عتقا من النار، وكان للمحجوج عنهم أجر حجة تامة؛ من غير أن ينتقص من أجورهما شيئ. وما وصل ذو رحم رحمه بأفضل من حجة يدخلها عليه بعد موته في قبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan haji bagi pihak kedua ibubapanya selepas kematian mereka berdua, maka Allah SWT akan menuliskan untuknya pembebasan daripada api neraka. Dan untuk ibubapa yang dibuatkan haji bagi pihak mereka akan mendapat ganjaran mengerjakan haji yang sempurna, tanpa berkurangan pahala sedikit pun. Dan tidak ada penyambungan silaturahim yang lebih afdal berbanding ibadah haji yang dimasukkan kepadanya selepas kematiannya di dalam kuburnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 115, hadis nombor 597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عمر – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: من حج عن والديه بعد وفاتهما؛ كتب الله له عتقا من النار ، وكان للمحجوج عنهم أجر حجة تامة؛ من غير أن ينتقص من أجورهما شيئ. وما وصل ذو رحم رحمه بأفضل من حجة يدخلها عليه بعد موته في قبره.
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5677)]

(Munkar)
Daripada ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan haji bagi pihak kedua ibubapanya selepas kematian mereka berdua, maka Allah SWT akan menuliskan untuknya pembebasan daripada api neraka. Dan untuk ibubapa yang dibuatkan haji bagi pihak mereka akan mendapat ganjaran mengerjakan haji yang sempurna, tanpa berkurangan pahala sedikit pun. Dan tidak ada penyambungan silaturahim yang lebih afdal berbanding ibadah haji yang dimasukkan kepadanya selepas kematiannya di dalam kuburnya.
[Riwayat Abū al-Qāsim al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5677]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs