Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ حَجَّ عَنْ والدَيْهِ بَعْدَ وفاتِهِمَا؛ كتبَ اللهُ له عِتْقاً مِنَ النّار، وكان للمَحْجُوجِ عنهم أَجْرُ حَجَّةٍ تامَّةٍ؛ من غير أنْ ينتقصَ من أجورِهِمَا شيئ. وما وَصَلَ ذو رَحِمٍ رَحِمَهُ بأفضلَ مِنْ حجَّةٍ يُدْخِلُها عليهِ بَعْدَ مَوْتِهِ في قبْرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan haji bagi pihak kedua ibubapanya selepas kematian mereka berdua, maka Allah SWT akan menuliskan untuknya pembebasan daripada api neraka. Dan untuk ibubapa yang dibuatkan haji bagi pihak mereka akan mendapat ganjaran mengerjakan haji yang sempurna, tanpa berkurangan pahala sedikit pun. Dan tidak ada penyambungan silaturahim yang lebih afdal berbanding ibadah haji yang dimasukkan kepadanya selepas kematiannya di dalam kuburnya.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 115, hadis no. 597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عمر - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: من حج عن والديه بعد وفاتهما؛ كتب الله له عتقا من النار ، وكان للمحجوج عنهم أجر حجة تامة؛ من غير أن ينتقص من أجورهما شيئ. وما وصل ذو رحم رحمه بأفضل من حجة يدخلها عليه بعد موته في قبره. [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5677)]
(Munkar) Daripada ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan haji bagi pihak kedua ibubapanya selepas kematian mereka berdua, maka Allah SWT akan menuliskan untuknya pembebasan daripada api neraka. Dan untuk ibubapa yang dibuatkan haji bagi pihak mereka akan mendapat ganjaran mengerjakan haji yang sempurna, tanpa berkurangan pahala sedikit pun. Dan tidak ada penyambungan silaturahim yang lebih afdal berbanding ibadah haji yang dimasukkan kepadanya selepas kematiannya di dalam kuburnya. [Riwayat Abū al-Qāsim al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5677]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman