Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لسقط أقدمه بين يدي أحب إلي من فارس أخلفه ورائي.
Teks Bahasa Melayu
Anak yang gugur dari kandungan yang aku letakkan di hadapanku itu lebih aku suka berbanding pahlawan yang aku tinggalkan di belakangku (sebagai pewaris).
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1002, hadis no. 5161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه رفعه: لسقط أقدمه بين يدي أحب إلي من فارس أخلفه ورائي. [عق، تمام، الضعيفة (4307)].
(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA: Anak yang gugur dari kandungan yang aku letakkan di hadapanku itu lebih aku suka berbanding pahlawan yang aku tinggalkan di belakangku (sebagai pewaris). [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, dan Tamam. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4307]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman