TEKS BAHASA ARAB
ابنتي فاطمة؛ حوراء آدمية، لم تحض، ولم تطمث، وإنما سماها فاطمة؛ لأن الله فطمها ومحبيها من النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Anak perempuanku Fatimah, ialah bidadari dalam kalangan manusia. Dia tidak haid dan tidak datang bulan. Sesungguhnya dia dinamakan Fatimah kerana Allah menjauhkannya dan orang yang mencintainya dari api neraka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1777, hadis nombor 8933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ابنتي فاطمة؛ حوراء آدمية، لم تحض، ولم تطمث، وإنما سماها فاطمة؛ لأن الله فطمها ومحبيها من النار)). [خط، ابن الجوزي، السيوطي في ((اللآلئ))، ((الضعيفة)) (428)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Anak perempuanku Fatimah, ialah bidadari dalam kalangan manusia. Dia tidak haid dan tidak datang bulan. Sesungguhnya dia dinamakan Fatimah kerana Allah menjauhkannya dan orang yang mencintainya dari api neraka.
[Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt, al-Suyūṭī dalam al-Laāli’ al-Maṣnū‘ah fī al-Aḥādīth al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 428]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.