TEKS BAHASA ARAB
ولد الملاعنة عصبته عصبة أمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Anak orang yang melakukan li’an, pewarisnya ialah pewaris ibunya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis nombor 4121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من أهل الشام أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((ولد الملاعنة عصبته عصبة أمه)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (4752)]
(Lemah) Daripada seorang lelaki dalam kalangan orang Syam bahawa Rasulullah SAW bersabda: Anak orang yang melakukan li’an, pewarisnya ialah pewaris ibunya. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4752]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.