TEKS BAHASA ARAB
الولد سيد سبع سنين، وخادم سبع سنين، ووزير سبع سنين، فإن رضيت مكانفته لإحدى وعشرين، وإلا؛ فاضرب على جنبه، فقد أعذرت إلى الله عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Anak itu menjadi tuan selama 7 tahun, pelayan selama 7 tahun dan menteri selama 7 tahun. Sekiranya kamu mahu maka biarkanlah dia bersamamu hingga umurnya 21 tahun. Sekiranya tidak maka pukullah belakangnya. Sesungguhnya kamu telah berdosa kepada Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 964, hadis nombor 4974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي جبيرة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: ((الولد سيد سبع سنين، وخادم سبع سنين ووزير سبع سنين. فإن رضيت مكانفته لإحدى وعشرين، وإلا فاضربه على جنبه، فقد أعذرت إلى الله – عز وجل -)).
[طس، أبو أحمد الحاكم في ((الكني))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) 6126].
(Palsu)
Dari Abu Jubairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Anak itu menjadi tuan selama 7 tahun, pelayan selama 7 tahun dan menteri selama 7 tahun. Sekiranya kamu mahu maka biarkanlah dia bersamamu hingga umurnya 21 tahun. Sekiranya tidak maka pukullah belakangnya. Sesungguhnya kamu telah berdosa kepada Allah.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’aat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6126].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.