Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الولدُ سيِّدٌ سبعَ سنينَ ، وخادمٌ تسعَ سنينَ ، ووزيرٌ سبعَ سنينَ ، فإنْ رضيتَ مُكانفتَه لإحدى وعشرين ، وإلَّا ؛ فاضرب على جنبِه ، فقد أُعذرتَ إلى اللهِ عزَّ وجلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Anak itu menjadi tuan selama 7 tahun, pelayan selama 7 tahun dan menteri selama 7 tahun. Sekiranya kamu mahu maka biarkanlah dia bersamamu hingga umurnya 21 tahun. Sekiranya tidak maka pukullah belakangnya. Sesungguhnya kamu telah berdosa kepada Allah.
Sahabat Perawi
- Abu Jubairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 964, hadis no. 4974. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي جبيرة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: ((الولد سيد سبع سنين، وخادم سبع سنين ووزير سبع سنين. فإن رضيت مكانفته لإحدى وعشرين، وإلا فاضربه على جنبه، فقد أعذرت إلى الله – عز وجل -)). [طس، أبو أحمد الحاكم في ((الكني))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) 6126].
(Palsu) Dari Abu Jubairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Anak itu menjadi tuan selama 7 tahun, pelayan selama 7 tahun dan menteri selama 7 tahun. Sekiranya kamu mahu maka biarkanlah dia bersamamu hingga umurnya 21 tahun. Sekiranya tidak maka pukullah belakangnya. Sesungguhnya kamu telah berdosa kepada Allah. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’aat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6126].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman