Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَجُوزُ الْجَذَعُ مِنَ الضَّأْنِ أُضْحِيَةً.
Teks Bahasa Melayu
Anak biri-biri (yang berusia lapan atau sembilan bulan) dibolehkan untuk dijadikan binatang korban.
Sahabat Perawi
- Hilal bin Abu Hilal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 388, hadis no. 2063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم بلال بنت هلال عن أبيها مرفوعا: «يَجُوزُ الْجَذَعُ مِنَ الضَّأْنِ أُضْحِيَةً». [هـ، هق، حم، «الضعيفة» (65)].
(Lemah) Daripada Umm Bilal binti Hilal, daripada bapanya secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Anak biri-biri (yang berusia lapan atau sembilan bulan) dibolehkan untuk dijadikan binatang korban". [Riwayat Ibn Majah, al-Bayhaqi dan Ahmad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 65].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman