TEKS BAHASA ARAB
أولاد الزنا يحشرون يوم القيامة على صورة القردة والخنازير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Anak-anak zina akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan rupa kera dan babi.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1306, hadis nombor 6672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، مرفوعا: أولاد الزنا يحشرون يوم القيامة على صورة القردة والخنازير.
[عق، ((الضعيفة)) (877)].
(Munkar)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Anak-anak zina akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan rupa kera dan babi.
[Riwayat al-'Uqayli. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 877].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.