Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَوْلَادُ الزِّنَا يُحْشَرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى صُورَةِ الْقِرَدَةِ وَالْخَنَازِيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Anak-anak zina akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan rupa kera dan babi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1306, hadis no. 6672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، مرفوعا: أولاد الزنا يحشرون يوم القيامة على صورة القردة والخنازير. [عق، ((الضعيفة)) (877)].
(Munkar) Daripada 'Abdillah bin 'Amru RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Anak-anak zina akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan rupa kera dan babi. [Riwayat al-'Uqayli. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 877].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman