Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذَرَاري المُسْلِمِينَ يَوْمَ القِيامَةِ تَحْتَ العَرْشِ شافِعٌ وَمُشَفَّعٌ مَنْ لَمْ يَبْلُغِ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً وَمَنْ بَلَغَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ سَنَةً فَعَلَيْهِ وَلَهُ
Teks Bahasa Melayu
Anak-anak umat Islam (yang meninggal sebelum baligh) yang akan berada di bawah Arasy pada hari kiamat dan dia memberikan syafaat dan menerima syafaat ialah sesiapa yang (meninggal dunia) belum mencapai usia 12 tahun. Manakala yang meninggal dunia setelah mencapai usia 13 tahun, maka dia akan menanggung dosa dan memperoleh pahala.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 38, hadis no. 193. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Hadith tersebut salah satu rekaan pentaqlid bagi menyokong pandangan golongan yang berpendapat bahawa umur baligh adalah 13 tahun. Telah kami sebutkan bahawa mereka merupakan orang yang paling banyak memalsukan hadith.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman