Anak-anak orang-orang yang beriman akan berada di sebuah bukit di dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أولاد -وفي رواية: أطفال- المؤمنين ‌في ‌جبل ‌في ‌الجنة يكفلهم إبراهيم وسارة، حتى يردهم إلى آبائهم يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak-anak (dalam riwayat lain: Kanak-kanak) orang-orang yang beriman akan berada di sebuah bukit di dalam syurga yang dijaga oleh Nabi Ibrahim dan Sarah, sehingga mereka dikembalikan kepada ayah dan ibu mereka pada hari kiamat.

STATUS

Munkar secara keseluruhannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 679, hadis nombor 3492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أولاد -وفي رواية: أطفال- المؤمنين ‌في ‌جبل ‌في ‌الجنة يكفلهم إبراهيم وسارة، حتى يردهم إلى آبائهم يوم القيامة)). [ك، البيهقي في ((البعث))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ابن عساكر، عبد الغني في ((تخريج حديثه))، ((الضعيفة)) (5538)]

(Munkar secara keseluruhannya) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Anak-anak (dalam riwayat lain: Kanak-kanak) orang-orang yang beriman akan berada di sebuah bukit di dalam syurga yang dijaga oleh Nabi Ibrahim dan Sarah, sehingga mereka dikembalikan kepada ayah dan ibu mereka pada hari kiamat. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqī dalam al-Ba‘th, Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, ‘Abd al-Ghanī dalam Takhrīj Hadīthih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5538]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.