Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أولاد - وفي رواية أطفال - المؤمنين في جبل في الجنة يكفلهم إبراهيم وسارة، حتى يردهم إلى آبائهم يوم القيامة
Teks Bahasa Melayu
Anak-anak -dalam riwayat lain: Kanak-kanak- orang beriman berada di bukit di dalam syurga. Nabi Ibrahim dan Sarah menjaga mereka sehingga mereka dikembalikan kepada ibubapa mereka di hari kiamat.”
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1699, hadis no. 8557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Ba’th, Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan, al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn Asakir dan Abd al-Ghani dalam hadithnya
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman