TEKS BAHASA ARAB
أولاد – وفي رواية أطفال – المؤمنين في جبل في الجنة يكفلهم إبراهيم وسارة، حتى يردهم إلى آبائهم يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Anak-anak (dalam riwayat lain kanak-kanak) orang yang beriman berada di gunung yang berada di syurga. Mereka dipelihara oleh Ibrahim dan Sarah sehinggalah mereka dipulangkan kepada ayah mereka pada hari kiamat.
STATUS
Munkar dengan lafaz lengkap ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1901 hadis nombor 9556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أولاد – وفي رواية: أطفال – المؤمنين في جبل في الجنة يكفلهم إبراهيم وسارة، حتى يردهم إلى آبائهم يوم القيامة.
[ك، البيهقي في ((البعث))، فر، أبو نعيم في ((الأخبار))، ابن عساكر، عبد الغني المقدسي في ((تخريج حديثه))، ((الضعيفة)) (5538)]
(Munkar dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Anak-anak (dalam riwayat lain kanak-kanak) orang yang beriman berada di gunung yang berada di syurga. Mereka dipelihara oleh Ibrahim dan Sarah sehinggalah mereka dipulangkan kepada ayah mereka pada hari kiamat.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Ba’ts, al-Dailami dalam al-Firdaus, abu Nu’aim dalam al-Akhbar, Ibn ‘Asakir dan Abdul Ghani al-Maqdisi dalam Takhrij Hadisnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5538]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.