Munkar Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Anak-anak (dalam riwayat lain kanak-kanak) orang yang beriman berada di gunung yang berada di Syurga

Teks Bahasa Arab

أولاد - وفي روايةِ أطفالُ - المؤمنينَ في جبلٍ في الجنَّةِ يَكفلُهم إبراهيمُ وسارةُ، حتَّى يردَّهم إلى آبائِهم يومَ القيامة.

Teks Bahasa Melayu

Anak-anak (dalam riwayat lain kanak-kanak) orang yang beriman berada di gunung yang berada di syurga. Mereka dipelihara oleh Ibrahim dan Sarah sehinggalah mereka dipulangkan kepada ayah mereka pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1901, hadis no. 9556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: أولاد - وفي رواية: أطفال - المؤمنين في جبل في الجنة يكفلهم إبراهيم وسارة، حتى يردهم إلى آبائهم يوم القيامة. [ك، البيهقي في ((البعث))، فر، أبو نعيم في ((الأخبار))، ابن عساكر، عبد الغني المقدسي في ((تخريج حديثه))، ((الضعيفة)) (5538)]

(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Anak-anak (dalam riwayat lain kanak-kanak) orang yang beriman berada di gunung yang berada di syurga. Mereka dipelihara oleh Ibrahim dan Sarah sehinggalah mereka dipulangkan kepada ayah mereka pada hari kiamat. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Ba’ts, al-Dailami dalam al-Firdaus, abu Nu’aim dalam al-Akhbar, Ibn ‘Asakir dan Abdul Ghani al-Maqdisi dalam Takhrij Hadisnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5538]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.