Anak Adam tidak akan mendapati keadaan yang sangat (menyusahkan) sejak Allah menciptakannya lebih dari sebuah kematian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لم يلق ابن آدم شيئاً قط خلقه الله أشد عليه من الموت، ثم إن الموت لأهون مما بعده

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak Adam tidak akan mendapati keadaan yang sangat (menyusahkan) sejak Allah menciptakannya lebih dari sebuah kematian. Kemudian kematian menjadi lebih ringan daripada apa yang ada selepasnya (azab).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1745, hadis nombor 8791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه -مرفوعا: ((لم يلق ابن آدم شيئاً قط خلقه الله أشد عليه من الموت، ثم إن الموت لأهون مما بعده.)) [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4321)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Anak Adam tidak akan mendapati keadaan yang sangat (menyusahkan) sejak Allah menciptakannya lebih dari sebuah kematian. Kemudian kematian menjadi lebih ringan daripada apa yang ada selepasnya (azab).))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4321].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.