Anak Adam, engkau memiliki apa yang mencukupkanmu tetapi engkau meminta apa yang menjadikanmu melampau wahai anak Adam

TEKS BAHASA ARAB

ابن آدم! عندك ما يكفيك ‏وأنت تطلب ما يطغيك. ‏ابن آدم! ‏لا من قليل تقنع، ولا من كثير تشبع. ‏ابن آدم! ‏إذا أصبحت معافى في جسدك، ‏آمنا في سربك، ‏عندك قوت يومك فعلى الدنيا العفاء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Anak Adam, engkau memiliki apa yang mencukupkanmu tetapi engkau meminta apa yang menjadikanmu melampau wahai anak Adam, tidak yang sedikit mencukupi dan tidak juga yang banyak mengenyangkan! Anak Adam, apabila engkau bangun pada waktu pagi dengan badan yang sihat, aman dalam kediamanmu, engkau mempunyai makanan pada hari itu maka dunia itu akan binasa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis nombor 9865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏موضوع) ‏عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: «ابن آدم! عندك ما يكفيك ‏وأنت تطلب ما يطغيك. ‏ابن آدم! ‏لا من قليل تقنع، ولا من كثير تشبع. ‏ابن آدم! ‏إذا أصبحت معافى في جسدك، ‏آمنا في سربك، ‏عندك قوت يومك فعلى الدنيا العفاء».
[حل، خط، ‏ابن عساكر، ‏ابن السني في «القناعة»، «الضعيفة» (677)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RAnhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Anak Adam, engkau memiliki apa yang mencukupkanmu tetapi engkau meminta apa yang menjadikanmu melampau wahai anak Adam, tidak yang sedikit mencukupi dan tidak juga yang banyak mengenyangkan! Anak Adam, apabila engkau bangun pada waktu pagi dengan badan yang sihat, aman dalam kediamanmu, engkau mempunyai makanan pada hari itu maka dunia itu akan binasa.
[Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asakir, dan Ibn al-Sunniy dalam al-Qana‘ah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 677].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs