Lemah

30/06/2024

minit bacaan



‘Ammār itu, Allah telah mencampurkan imannya di antara rambut ke kakinya

Teks Bahasa Arab

عمارٌ خلط اللهُ الإيمانَ ما بين قَرْنِهِ إلى قَدَمِهِ، وخلط الإيمانَ بلَحْمِهِ ودَمِهِ، يزولُ مع الحقِّ حيثُ زال، وليس ينبغي للنارِ أن تأكلَ منه شيئًا.

Teks Bahasa Melayu

‘Ammār itu, Allah telah mencampurkan imannya di antara rambut ke kakinya, iman itu dicampurkan dalam dagingnya dan darahnya, dia akan lenyap dengan kebenaran di mana ia lenyap, dan sesungguhnya api neraka tidak akan memakan sesuatu pun daripadanya.

Sahabat Perawi

  1. al-Nazzal bin Sabrah al-Hilali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1844, hadis no. 9302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن النزال بن سبرة الهلالي: قال: وافقنا من علي بن أبي طالب ذات يوم طيب نفس فقلنا له: يا أمير المؤمنين! حدثنا عن عمار بن یاسر، قال: ذاك امرؤ سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((عمّار خلط الله الإيمان ما بين قرنه إلى قدمه، وخلط الإيمان بلحمه ودمه، يزول مع الحق حيث زال، وليس ينبغي للنار أن تأكل منه شيئا)). [ابن عساکر، ((الضعيفة)) (٣٩١٨)]

(Lemah) Daripada al-Nazzāl bin Sabrah al-Hilālī, beliau berkata: Kami bertembung dengan kegembiraan pada ‘Alī bin Abī Ṭālib pada suatu hari. Maka kami berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin (ketua orang mukmin), ceritakanlah kepada kami tentang ‘Ammār bin Yāsir, beliau berkata: Dia adalah manusia yang aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Ammār itu, Allah telah mencampurkan imannya di antara rambut ke kakinya, iman itu dicampurkan dalam dagingnya dan darahnya, dia akan lenyap dengan kebenaran di mana ia lenyap, dan sesungguhnya api neraka tidak akan memakan sesuatu pun daripadanya. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3918]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.