Ammar bin Yasir berkata kepada Abu Musa RA : Aku telah mendengar Rasulullah SAW melaknatmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن عمار بن ياسر قال لأبي موسى رضي الله عنهما سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يلعنك. قال: إنه استغفر لي. قال عمار: شهدت اللعن ولم أشهد الاستغفار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ammar bin Yasir berkata kepada Abu Musa RA : Aku telah mendengar Rasulullah SAW melaknatmu. Dia berkata: Sesungguhnya baginda meminta ampun bagiku. Ammar berkata: Aku menyaksikan laknat dan tidak menyaksikan permintaan ampun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 409, hadis nombor 160. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي. وقال: والبلاء من محمد بن علي العطار المذكور في إسناده، لا من حسين الأشقر. قال في اللآلىء: العطار وثقه الخطيب في تاريخه. وقد ذكر هذا الحديث ابن الجوزي في موضوعاته فأصاب.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi. Dia berkata: Balanya (penyakit) adalah daripada Muhammad bin Ali al-Atar yang disebutkan pada sanad, bukan daripada Husain al-Asyqar.
Dia berkata dalam al-Laali’: Al-Khatib telah menilai al-Atar sebagai seorang yang thiqah dalam Tarikhnya.
Ibn al-Jauzi ada menyebutkannya hadith ini dalam al-Maudhu’atnya dan dia benar.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.