Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أمَّا بعدُ فإنَّ الدنيا خَضِرَةٌ حُلوَةٌ، وإنَّ اللهَ مُستخلِفُكمْ فيها فناظِرٌ كيفَ تعملُونَ، ألا فاتَّقُوا الدنيا واتَّقُوا النساءَ، ألا إنَّ بنِي آدَمَ خُلِقُوا على طبَقاتٍ شتَّى، مِنهمْ مَنْ يُولَدُ مُؤمِنًا ويَحْيا مُؤمنًا ويَموتُ مُؤمِنًا، ومِنهمْ مَنْ يُولدُ كافِرًا ويَحْيا كافِرًا ويموتُ كافِرًا.
Teks Bahasa Melayu
Amma ba’du. Maka sesungguhnya dunia ini hijau dan manis. Dan sesungguhnya Allah telah mengsilihgantikan kalian dalamnya dan akan melihat bagaimana amalan kalian. Maka ketahuilah, bertaqwalah (berhati-hati) kepada dunia dan bertaqwalah (berhati-hati) kepada wanita. Maka ketahuilah, sesungguhnya anak-anak Adam dicipta daripada peringkat-peringkat yang pelbagai, ada dalam kalangan mereka yang dilahirkan beriman, hidup dalam iman dan mati beriman. Ada yang dilahirkan kafir, hidup sebagai kafir dan mati kafir.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2008, hadis no. 10074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي نضرة عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة بعد العصر إلى مغيربان الشمس بما هو كائن إلى يوم القيامة، حفظها منا من حفظها، ونسيها منا من نسي، فحمد الله وأثنى عليه ثم قال: أما بعد فإن الدنيا خضرة حلوة، وإن الله مستخلفكم فيها فناظر كيف تعملون، ألا فاتقوا الدنيا واتقوا النساء، ألا إن بني آدم خلقوا على طبقات شتى، منهم من يولد مؤمنا ويحيا مؤمنا ويموت مؤمنا، ومنهم من يولد كافرا ويحيا كافرا ويموت كافرا. الحديث بطوله. [ت، ك، حم، ((الضعيفة)) (2927)]
(Lemah) Daripada Abu Nadhrah daripada Abu Sa'id al-Khudri RA berkata: Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami dengan satu khutbah selepas Asar sehingga hampir waktu terbenam matahari dengan apa yang akan berlaku hingga hari Kiamat. Ada dalam kalangan kami menghafalnya, dan ada yang melupakannya. Lalu baginda memuji Allah kemudian berkata: Amma ba’du. Maka sesungguhnya dunia ini hijau dan manis. Dan sesungguhnya Allah telah mengsilihgantikan kalian dalamnya dan akan melihat bagaimana amalan kalian. Maka ketahuilah, bertaqwalah (berhati-hati) kepada dunia dan bertaqwalah (berhati-hati) kepada wanita. Maka ketahuilah, sesungguhnya anak-anak Adam dicipta daripada peringkat-peringkat yang pelbagai, ada dalam kalangan mereka yang dilahirkan beriman, hidup dalam iman dan mati beriman. Ada yang dilahirkan kafir, hidup sebagai kafir dan mati kafir… Hingga akhir hadith yang panjang. [Riwayat al-Tirmidhi dalam Sunannya, al-Hakim dalam Mustadrak, dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat as-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2927]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman