Amma ba’d, perakukanlah oleh kalian dengan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa aku adalah Rasulullah

TEKS BAHASA ARAB

أما بعد؛ فأقرّوا بشهادة أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله، وأدوا الزكاة، وخطوا المساجد، كذا وكذا، وإلا؛ غزوتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Amma ba’d, perakukanlah oleh kalian dengan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa aku adalah Rasulullah. Tunaikanlah zakat, pergilah ke masjid-masjid, (lakukanlah) sekian dan sekian. Sekiranya tidak, aku akan memerangi kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 534, hadis nombor 2824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي شداد – رجل من أهل (دما) [قرية من قرى (عمان)] -، قال: جاءنا کتاب رسول الله -ﷺ-: «أما بعد؛ فأقرّوا بشهادة أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله، وأدوا الزكاة، وخطوا المساجد، كذا وكذا، وإلا؛ غزوتكم». قال أبو شداد: فلم نجد من يقرأ علينا ذلك الكتاب؛ حتى أصبنا غلاما يقرأ، فقرأه علينا. قال عبد العزيز: فقلت: لأبي شداد: من كان على (عمان) يومئذ [يلي أمرهم؟] قال: إسوار من أساورة کسری؛ [يقال له: (سحان)]. [البزار، طس، «الضعيفة» (6449)].

(Lemah) Daripada Abu Shaddad – seorang lelaki dari Dama [salah satu perkampungan di Oman] – dia berkata: Surat Rasulullah ﷺ telah datang kepada kami, (kandungannya): “Amma ba’d, perakukanlah oleh kalian dengan kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa aku adalah Rasulullah. Tunaikanlah zakat, pergilah ke masjid-masjid, (lakukanlah) sekian dan sekian. Sekiranya tidak, aku akan memerangi kalian.” Abu Shaddad berkata: “Kami tidak jumpa sesiapa yang boleh membacakan surat itu kepada kami, sehinggalah kami bertemu seorang budak yang boleh membaca, lalu dia membacakannya kepada kami.” Abdul Aziz berkata: Maka saya bertanya kepada Abu Shaddad: “Siapa yang mempunyai Oman ketika itu [menguasi tampuk pemerintahan]?” Beliau menjawab: “Salah seorang salah seorang panglima kuda Kisra, [dia dipanggil Sahan].” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6449].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs