Tidak Ditemui

30/06/2024

minit bacaan



Ambillah sebahagian urusan agama kalian daripada Al-Humaira’

Teks Bahasa Arab

حديث: خُذُوا شَطْرَ دِينِكُمْ عَنِ الْحُمَيْرَاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ambillah sebahagian urusan agama kalian daripada Al-Humaira’.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak Ditemui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 399, hadis no. 139. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: لا أعرف له إسنادا، ولا رأيته في شيء من كتب الحديث! إلا في نهاية ابن الأثير، وإلا في الفردوس بغير إسناد، وسئل المزي والذهبي فلم يعرفاه. كذا في المقاصد.

Ibn Hajar berkata: Aku tidak mengetahui ada sanad baginya, aku juga tidak melihatnya ada dalam mana-mana kitab hadith kecuali al-Nihayah oleh Ibn al-Athir dan Musnad al-Firdaus tanpa sanad. Telah ditanyakan kepada al-Mizzi dan al-Zahabi namun mereka berdua tidak mengenalinya. Begitu yang disebutkan dalam al-Maqasid.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.